Alhamdulillah aku mengucapkan syukur tidak terhingga kehadrat rabbul izzati kerana keizinannya dan limpah rahmatnya terhadap hambanya. Setiap nafas yang kita hirup dan setiap saat denyutan nadi jantung membuatkan kita insaf dan bersyukur kepada pencipta kita.
Pada tarikh 12 oktober 2008, hari ahad aku bersama 6 orang sahabat sekerja aku telah berjaya menawan Gunung tertinggi di Asia Tenggara iaitu Gunung kinabalu.
Gunung yang merupakan lambang kemegahan masyarakat sabah dan Malaysia. Ia merupakan Gunung yang dapat memberi semangat juang kepada masyarakat sabah.
Ini adalah kali pertama aku mendaki pada paras 4095.2m ( 8.5 km ) selain Gunung sinai 2285m yang pernah aku tawan ketika dahulu dibumi barakah mesir. Walaupun 2 hari sebelum aku bertolak ke kundasang tempat terletaknya Gunung kinabalu..aku dihantui kecederaan hamstring yang masih belum pulih sepenuhnya lagi. dengan berbekalkan semangat dan doa..aku yakin segalanya tidak mustahil untuk aku lakukan..
Apabila melihat kekuasaan Allah subhanahu wa'tala menciptakan gunung ganang bertambah iman dan takut kepada pencipta.
SubhanAllah itulah ucapan aku apabila melihat dengan kedua mata sendiri..begitu hebat dan kagum dengan penciptaannya.
subhanallah..andai berkesempatan, inginku mengelilingi dunia melihat kebesaran ciptaanMu ya Allah..