Setelah sekian lama, tidakku mencoretkan sesuatu pada blog ini..kalau sesuatu barang yang sekian lama tidak disentuh mungkin habuk dan debu akan menyinggahi sehinggalah disapu atau dibersihkan supaya nampak segar bugar dan baru..namunku cuba untuk menukilkan sesuatu agar habuk tadi hilang dari pandangan mata sendiri tanpa menyebabkan sedikit menghalang ku untuk menatap dengan dihalangi oleh habuk-habuk itu.Namun ramai tertanya-tanya kemanakah ku menghilang selama ini..
Ada kedengaran kemungkinan pulang ke Malaysia ataupun berjalan bercuti sekitar Mesir..dan ada jugak tidak tahu menahu tentang ketiadaanku selama ini hingga disapa oleh sahabat-sahabat lain tentang ketiadaanku di Bumi Mesir ini..Hanya orang yang hampir denganku dan orang yang prihatin tahu tentang ketiadaanku disini tanpa ku melupakan amanah yang ditinggalkan.Semua perkara tadi telah terjawab setelah sampainya aku didestinasi tempat pembelajaran dan pengalaman di bumi Zaqaziq, Egypt..
Alhamdullilah bersyukur kehadrat Allah ta'ala dengan limpah dan kurnianya dapat juga sampaiku ke Destinasi yang tidak pernah kuImpikan hendak kesana hinggakan tidak pernah ku hendak menitipkan dibibir tentang perancangan hendak kesana.Destinasi yang dimaksudkan adalah negara tanah hijjaz dan Syam..iaitu Jordan, Syria dan Turki..Titik tolakku pada tarikh ku anggap keramat dengan angka 070707 yang tidak mungkin untuk dikembalikan.
Pada tarikh tersebut aku dan seorang sahabat ku bersama-sama mengharungi cabaran dan dugaan ke tempat yang amat asing buatku dengan berbekal sedikit ilmu pengembaraan namun kutongkah juga kesana dengan pemergian direstui oleh kedua ibubapaku..
Selama 2 minggu ku disana yang berakhir pada 210707 banyak pengalaman dan pengetahuan tentang 3 negara yang tidak mungkin ada ditanah air ku dan juga ditempat kubelajar begitu hebat Sejarah tamadun dunia dan begitu hebat sekali ketamadunan Islam di Negara Pernah dikuasai oleh Khalifah Islam di bawah satu panji mentauhidkan Allah sebagai pencipta dan juga sistem pemerintahan yang Adil dan saksama berlandaskan Al-Quran dan Sunnah oleh Kerajaan yang diImpikan oleh rakyat keseluruhannya..
Destinasi pengembaraan ku ini tidakku ingin menceritakan tentang pengembaraan tempat yang menarik dan memukau pandangan, dan aku lebih condong kepada kesimpulan yang boleh dimanfaatkan dan memberi faedah kepada pembaca tentang perjalanan selama ini..supaya juga penulisan ini boleh diringkaskan..
Negara pertama yang dilawati ialah Urdun dalam bahasa Arab dan Jordan biasa digunakan. setelah mengharungi laut aqabah dengan menaiki kapal selama 4 jam..teluk aqabah dan nuweiba' begitu hampir sekali mungkin disebabkan tiket 'second class' telah menyebabkan perjalanan untuk memasuki negara pemerintahan beraja al-hashimiah jordan sedikit lambat dan menghabis begitu banyak masa di dalam kapal..sesampai ku di Amman ibu kota jordan diwaktu pagi..selepas menunaikan fardu subuh terus ku ke Mu'tah..Mu'tah adalah nama tempat mempunyai sejarah peperangan rasullullah dengan tentera Rom diketika itu..Kesan dan tempat peperangan masih terdapat disitu serta Maqam Sahabat - sahabat yang Syuhada'..Dan Mu'tah merupakan salahsatu tempat pembelajaran Pelajar Malaysia disana..Penuntut di Pengajian Islam diUniversiti Mu'tah..
Jauh perjalanan memakan masa selama 1 jam setengah dari Amman..ibu kota Jordan Al-Hashimiah..Aku dan sahabatku disambut oleh Pelajar Malaysia dari sana..Alhamdullilah dengan ramah mesra dan sopan santun dari pelajar disana membuatkan pengembaraanku ini penuh bermakna dan berkeyakinan.. Perjalananku kali ini di Dipimpin oleh Us Hazamin Sulaiman .http://www.penghunisahara.blogspot.com/. merupakan pelajar lulusan universiti Mu'tah..mungkin disebabkan minat mendalam beliau terhadap Sejarah Arkeologi Dunia dan pengembaraan..telah menyebabkan sesuatu tempat dan destinasi lebih bermakna dengan di ulas dengan berdasarkan fakta..contoh tempat dilawati seperti Kawasan Peperangan Ghuzwah Mu'tah, Karak castle, Petra antara 7 ajaib didunia yang mendapat pengiktirafan serta undian tertinggi, Laut mati dan lain-lain lagi..