Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.. alhamdullilah bersyukur tidak terhingga kepada rabbul izzati dengan kurniaan nikmat rezki yang tidak terhingga kepada hambanya. semoga segala nikmat yang dikurniakan menjadikan kita hamba yang bersyukur dan taat memenuhi segala perintahnya.
Sudah berbulan lamanya entry ini kosong tidak disentuh oleh aku..mungkin disebabkan tidak punya ruang dan waktu yang cukup untuk aku mencoret atau menukilkan sesuatu di entry ini. tapi alhamdullilah hari ini cukup bermakna buat aku bagi melakarkan sesuatu yang lebih bermakna.
masih lagi terngiang2 di telinga apabila seorang dari sahabat aku berpesan 'kalu balik malaysia ko tahu la rase mcmmana..' pada masa itu beliau baru pulang dari tanah air..kerana aku ingin mengetahui kisah menarik dari sana.. aper dirasa mungkin kali ini aku berhadapan juga..
semua itu perlu kepada kesabaran dan ketabahan apabila berada dlm dunia realiti.. fikiran dan minda perlu positifkan segala tindakan..apabila berhadapan dengan masyarakat yang ketandusan petunjuk.
sudah 3 bulan lebih aku di tanah air..dan baru semalam aku berasa masih lagi angin mesir..kebisingan kota, kehijauan tanaman, keenakan makanan.. sungguh aku rindukan suasana di sana.. apakan daya..kita ada tanggungjawab yang besar dalam membantu keluarga , masyarakat dan agama..
harapannya aku mendapat nasrullah utk aku thabat dalam perjuangan.. dan dimohon ditambah ilmu dan keberkatan darinya..