Telah sekian lama saya tidak mencoretkan sesuatu dalam blog ini.. mungkin dek kesibukan saya dalam peperiksaan fasa 2..menyebabkan saya tidak punya ruang waktu yang sesuai untuk meng"update"kan blog ini..
Alhamdullilah setelah tamatnya peperiksaan di Universiti Al-Azhar yang telah banyak menguji sejauhmana kekuatan diri dalam menuntut ilmu dibumi penuh cabaran dan halangan yang tidak terperi kata..
Disini sukanya saya mengemukakan satu persoalan.. dimanakah kita setelah tamat peperiksaan? mungkin persoalan seperti ini pernah terngiang dalam fikiran anda.. namun tindakan dan perancangan adalah terletak pada diri sahabat sekalian.. namun selaku pelajar agama kita perlu mempunyai perancangan yang rapi agar waktu yang ada tidak disia-siakan..
Bekalan yang cukup serta keseriusan yang mendalam itu perlu disedarkan dari lubuk sanubari Sahabat..tanpa Ilmu yang cukup dari diri mana mungkin kita mampu untuk berpijak dibumi yang nyata..dalam menongkah arus dan perjuangan yang tidak kenal siapakah lawan dan kawan..
Sepertimana yang telah saya sebut..dalam fatrah cuti musim panas selama 4 bulan ini..kita perlu mengIsikan waktu yang secukupnya berfaedah dengan mendalami ilmu ukhrawi dan duniawi untuk dimanfaatkan secukupnya pada waktu yang ada..
Mungkin dikalangan sahabat kita akan pulang ada yang pulang bercuti ataupun tamatnya pembelajaran disini..namun ingin saya coretkan disini.. sejauhmanakah persediaan sebelum pulang..jangan difikirkan seronoknya untuk dibawa pulang barangan dari sini yang terhingga banyaknya..tetapi perlu juga diletak tempat paling utama adalah bekalan Ilmu dan Thaqafah yang mantap sebelum pulang..
Masyarakat kampung Khususnya amat memerlukan kita dalam memperbetulkan salah silap yang telah berlaku..paling penting kita adalah orang pertama dalam melakukan amar makruf dan nahi munkar.. perkara ini kita tidak boleh lepas dari tanggungjawab kita, segala ilmu yang ada curahlah kepada masyarakat yang kian dihimpit dengan pelbagai sogokan berupa keseronokan dan pemikiran yang jauh daripada perintah Allah taa'la.
Sebelum terlambat..saya mengucapkan selamat pergi dan pulang ke Malaysia..kepada mereka yang masih mempunyai baki tahun jangan fikir sudah dibuai keenakan dan keseronokan Negara tercinta tanpa menghirau pembelajaran disini untuk ditamatkan.. kepada yang sudah tamat ana mendoakan semoga Ilmu yang antum dapat disini perlu dimanfaat semaksima mungkin kepada masyarakat.. Jujurlah sahabat terhadap ilmu yang dipelajari..jangan dikhianati ilmu yang kita pelajari bumi penuh barakah..