Alhamdulillah bersyukur kita kepada Allah subhanahuwata'la dengan limpah dan rahmatnya semoga kita dipertemukan oleh Allah dengan bulan yang penuh kemuliaan dan keberkatan darinya. Bulan Ramadhan adalah bulan yang dinanti-nanti oleh semua mukminin seluruh dunia dengan rasa penuh gembira kerana ingin berlumba-lumba mengejarkan amalan yang boleh mendatangkan pahala yang berlipat ganda banyaknya. Dan bulan ini merupakan medan terbaik dalam mentarbiah diri menjadi orang paling bertaqwa disisi Allah.
Marilah kita sama-sama meletakkan persoalan muhasabah untuk diri kita sendiri : bagaimanakah cara terbaik apabila bertemu ramadhan?bagaimana kita berpuasa denganya?apakah dikatakan puasa?kenapa diberi kelebihan dan kemuliaan pada bulan ramadhan? soalan sebegini adalah untuk memantapkan pengetahuan tentang bulan Ramadhan supaya ganjaran pahala dan tarbiahnya mampu menjadikan kita sebagai orang yang bertaqwa berjaya. salam Ramadhan.. |