Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Demi Masa
Selamatkan Palestin
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket


You, youre not aware That were aware Of your despair Dont show your tears To your oppressor Dont show your tears Try not to cry little one Youre not alone Ill stand by you Try not to cry little one My heart is your stone Ill throw with you Isam: Ayn Jalut where David slew Goliath This very same place that we be at Passing through the sands of times This lands been the victim of countless crimes From Crusaders and Mongols to the present aggression Then the Franks, now even a crueller oppression If these walls could speak, imagine what would they say For me in this path that I walk on there's only one way Bullets may kill, bones may break Still I throw stones like David before me and I say

Terkini di GAZA
Boikot
Photobucket
Aquarium
Photobucket - Video and Image Hosting
Web Akhbar
  • Harakah Daily
  • Berita Harian
  • Harian Metro
  • Utusan Malaysia
  • The Star
  • Bernama
  • Web Antarabangsa
  • Afaq Arabia
  • Al-Ahram Egypt
  • Al-Jazeera
  • BBC News
  • Naseej
  • Web Thaqafah
  • Feqh Online
  • Tanya Ulama'
  • Syura Asia
  • Dr Ramadhan Al-Bouti
  • Dr Yusuf Al-Qardhawi
  • Habib Ali Al-Jufri
  • Majlis Fatwa Mesir
  • Dr Wahbah Az-Zuhaili
  • Al-Azhar
  • Maktabah Islamiyah
  • Hadis Online
  • Islam Online
  • Dakwah
  • Blog Diminati
  • Tuan Guru Hj Hadi Awang
  • Us Nasruddin Tantawi
  • Saiful Islam Online
  • Student Power
  • PMRAM
  • DPMZ
  • BKMIP
  • PMIUM
  • Idealis Mahasiswa
  • Kampus Negara
  • No War
    Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
    Kami Bantah IFC
    Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
    PAS For All
    Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
    Kunjungan
    Online
    sami yusuf - Asma Allah
    Monday, November 2, 2009
    posted by Muzaidi Mustani @ 3:37 AM   1 comments
    Langit Kelabu Di Masjid Biru
    Sunday, October 18, 2009

    Istanbul, telah bayu yang
    mendobrak kubu jahili
    mengirim rindu Al-Fatih,
    lalu kau sambut dengan
    iklim bahagia ke seluruh
    t
    anah zarahnya melata
    ketahuilah -

    Jubin Iznik berdarah itu
    tidak bisa kucuci dengan
    selaut wuduk dari ziarah ini
    tatkala puisi sulaiman
    kepada karima hiba
    berdiksi ditaman larangan Topkapi
    dan lagu iri Atarturk,
    si peniup ney mengoyak peta purba
    , hilang di padang kehidupan yang tercekik

    Istanbul, sering kali kau tertanya,
    "mengapa ada yang memanggang dosa
    semasa hujan pengampunan turun
    mencurah - curah di kebun ibadah?"
    dalam setiap langkahku
    melewati mimbar duka disini,
    camar - camar setia mengelilingi
    menara cinta memanggilku kembali
    - kembali mentafsir takdir terlukis pada
    langit kelabu di Masjid Biru

    Nukilan Saudara Hazwan Ariff hakimi
    Minggun Malaysia 18 Oktober 2
    009
    Halaman 19




    posted by Muzaidi Mustani @ 1:49 AM   0 comments
    Selamat Hari Raya Idul Fitri
    Wednesday, September 23, 2009

    Allahu Akbar..Allahu Akbar.. Allahu Akbar..
    Walillahi Alhamd..

    Disempena hari raya ini..saya memohon kemaafan dikalau ada salah silap sengaja ataupun tidak sengaja..

    Semoga antum terus berusaha menjadi daie terbaik diantara yang terbaik..
    posted by Muzaidi Mustani @ 8:46 PM   0 comments
    Sami yusof - mother
    Saturday, September 12, 2009
    posted by Muzaidi Mustani @ 9:19 PM   0 comments
    Exam yang Bakal Dihadapi..adakah sudah bersedia?24 hingga 28 ogos 09
    Tuesday, August 18, 2009
    Isnin24/08/09 Pedagogi 9.00 am

    Selasa25/08/09 Falsafah dan Perkembangan Pendidikan Malaysia 9.00am
    Pentaksiran Pembelajaran 2.30pm

    Rabu 26/08/09 Aplikasi Psikologi Pendidikan 9.00am

    Khamis 27/08/09 Sekolah dan Masyarakat 9.00am
    Teknologi dan Inovasi dalam Pendidikan 2.30pm

    Jumaat 28/08/09 Pengurusan dan Pengolahan KoKurikulum 9.00am

    Bitaufiq Wan Najah
    posted by Muzaidi Mustani @ 5:08 AM   0 comments
    Hari Jadiku yang ke 270709
    Wednesday, August 5, 2009


    Hari ini datang kembali

    sesaat tak mungkir

    usia yang terus memanjat

    satu-satu tangga kehidupan

    waktu jadi sungai mengalir

    deras ke lautan hakiki

    terbawalah amalan

    kejap di catatan Tuhan

    Selamat hari jadi untukmu, diriku

    posted by Muzaidi Mustani @ 8:12 PM   0 comments
    35 petua menjadi pelajar cemerlang - Dr Fadzilah Kamsah
    Tuesday, June 30, 2009

    Berikut merupakan petua-petua dan ciri-ciri yang ada pada pelajar cemerlang, dari Dr Fadzilah Kamsah. Beliau adalah salah seorang pakar motivasi yang terkenal di Malaysia.

    Pelajar cemerlang akan:

    1. Menggunakan kedua-dua belah otak kanan & kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut.

    2. Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:
    1. kita ingat 10 % apa yang dibaca
    2. kita ingat 20 % apa yang didengar
    3. kita ingat 50 % apa yang didengar & dilihat
    4. kita ingat 70 % apa yang dicakapkan
    5. kita ingat 90 % setelah dipraktikkan

    3. Belajar secara aktif dengan pen/pensil ditangan.

    4. Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu (tidak termasuk kerja rumah).

    5. Belajar dalam persekitaran kondusif.
    1. pastikan cahaya adalah terang
    2. kurangkan gangguan bunyi
    3. tampal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat belajar
    4. tampal gambar-gambar yang menenangkan fikiran
    5. kerusi dan meja menghadap kiblat
    6. jangan lupa untuk senyum

    6. Tidak ponteng kelas. Kalau tertinggal kelas, salin nota dari rakan.

    7. Mengulang kaji menggunakan kaedah 'output learning' iaitu belajar untuk melatih otak menggunakan maklumat yang terkumpul. Ini dapat dilakukan dengan membaca buku/nota, ingat kembali, lakar/tulis, sebut apa yang difahami, dan jawab soalan.

    8. Tahu teknik merangsang memori:
    1. memasukkan maklumat dalam memori (registration)
    2. menyimpan maklumat dalam sel memori (retention)
    3. mengingat kembali (recall)
    4. menggunakan maklumat untuk menjawab soalan atau kegunaan lain (application)

    9. Sentiasa awal dan mendahului:
    1. persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada guru.
    2. pelajar yang mendapat A pada ujian lazimnya akan dapat mengekalkan kejayaannya.
    3. belajar awal ketika tiada tekanan adalah tidak membosankan.

    10. Berbuat baik dengan guru

    11. Mempunyai teknik membaca yang betul:
    1. duduk dengan tegak & bernafas dengan betul
    2. memberikan tumpuan sepanuhnya
    3. menggunakan jari telunjuk untuk membaca
    4. menyesuaikan kelajuan membaca dengan kesukaran bahan bacaan

    12. Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh & malas.

    13. Membaca doa penerang hati setiap kali selepas sembahyang, sebelum mengulangkaji, dan sebelum menghadapi peperiksaan. 14. Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih.

    15. Mengadakan rehat sebentar setiap 20 minit mengulangkaji.

    16. Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri (study according to your biological clock). Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu sebelum tidur,selepas bangun tidur, selepas mandi air panas, selepas baca al-quran/zikir selepas riadah dan selepas berdoa.

    17. Mengulang kaji secepat mungkin. Ulang kaji ringkas selepas belajar (kita akan lupa 80% selepas belajar).

    18. Mengulang kaji secara bersendirian atau berkumpulan.

    19. Tahu mengulang kaji adalah aktiviti pembelajaran terpenting sebelum peperiksaan.

    20. Mengulang kaji pelajaran berulang-ulang kali.

    21. Mengulang kaji apabila mulai terlupa.

    22. Tahu petua mengulang kaji
    1. cari tempat yang tenang dan serasi dengan jiwa kita
    2. siapkan semua 'bekalan' dengan sempurna
    3. duduk tegak dikerusi yang selesa
    4. baca doa penerang hati
    5. baca buku atau nota mengikut teknik membaca yang betul
    6. fikir dan ingat kembali isi utama
    7. catat/lakar
    8. semak semula ketepatan maklumat
    9. ulang sebut atau ceritakan pada orang lain
    10. buat rumusan
    11. jawab soalan
    12. tampal maklumat yang rumit di dinding
    13. baca doa tanda kesyukuran selepas belajar

    23. Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas belajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya.

    24. Tahu petua-petua agar tidak lupa:
    1. jangan makan kepala ikan
    2. jangan makan organ dalaman
    3. jangan minum semasa makan
    4. jangan minum atau makan makanan yang tercemar oleh semut
    5. jangan melihat kemaluan
    6. jangan melihat buih
    7. jangan membaca nama pada batu nisan
    8. banyakkan makan makanan yang mengandungi soya seperti tempe, tauhu dan lain-lain 9. banyakkan makan kismis, kurma dan madu
    10. banyakkan makan kekacang
    11. pakai minyak wangi ketika belajar atau menghadapi peperiksaan
    12. jangan makan sehingga terlalu kenyang
    13. jangan kencing berdiri

    25. Tahu kemahiran mengingat:
    1. tampal nota-nota penting di dinding
    2. tukar perkataan, ayat atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah
    3. gunakan kaedah akronim
    4. reka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingat
    5. pecahkan maklumat kepada kumpulan kecil

    26. Cekap mengatur jadual belajar:
    1. mempunyai jadual belajar
    2. patuh kepada jadual
    3. buat jadual yang boleh diikuti

    27. Tidak menangguh belajar pada saat akhir dan tidak menumpukan peperiksaan sebagai dorongan untuk belajar.

    28. Cari maklumat mengenai subjek yang tidak diketahui. Sediakan perkara-perkara yang tidak diketahui dan dapatkan penyelesaian dari orang yang lebih arif.

    29. Membina kepelbagaian dalam pembelajaran. Sebagai contoh, satu hari dipelbagaikan cara dan topik untuk belajar.

    30. Menggunakan masa terluang untuk mengulang kaji atau mencuri masa.

    31. Membawa nota ke mana-mana sahaja (kecuali ke tandas).

    32. Pelbagaikan tempat belajar.

    33. Menyedari guru-guru adalah sumber ilmu yang baik. Tanya guru apabila tidak faham

    34. Menjadikan nota-nota menarik seperti membuat corak, menggariskan isi penting dan sebagainya.

    35. Ciri-ciri pelajar cemerlang:
    1. taat kepada Allah
    2. mendirikan sembahyang
    3. menghormati kedua ibu bapa dan sentiasa mendoakan mereka
    4. hormati & sayangi guru
    5. bersungguh-sungguh dalam melakukan kerja untuk mencapai kecemerlangan.
    6. suka pada setiap mata pelajaran yang dipelajari
    7. membantu rakan yang memerlukan
    8. berdoa dan bersyukur kepada Allah
    9. sentiasa bertawakal
    10. mahir dalam setiap mata pelajaran

    Kita juga perlu ingat pelajar yang cemerlang, adalah juga cemerlang pada akhlak dan tingkah lakunya dan seimbang dalam kehidupannya. Kecemerlangan pelajar bukan semata-mata dilihat pada nilai akademiknya sahaja. Semoga bermanfaat.
    posted by Muzaidi Mustani @ 3:09 AM   1 comments
    Salam Pengenalan



    Muzaidi Mustani
    Zaqaziq, Sharqiah, Egypt
    Pendidikan : Sekolah mak dan Ayah ( 1982-1986), Tadika Jkkk ( 1987-1988 )Sek Ren Jenis Kebangsaan cina ( 1989-1994 ), Sek Men Agama Maran ( 1995-1999), Kulliah Sultan Abu Bakar, Pekan ( 1999 - 2001), Universiti Al- Azhar, Mesir ( 2002 - 2007), Diploma pendidikan Universiti Pendidikan Sultan Idris ( 2008-2010)

    Previous Post
    Arkib
    Anak ikan
    Komunikasi
    Sokmo Search
    Laman Sahabat
    Muslimah
    Laman pendidikan
    Banking Online
    Penerbangan
    Laman Kereta
    Powered by

    Free Blogger Templates

    BLOGGER