
Assalamualaikum..selamat sejahtera semua.. lama jgk aku x update blog aku ni.. mungkin disebabkan oleh komitmen lain yang aku dahului memandangkan fatrah waktu sekarang musim pelajar exam.. tapi walaupun sesibukmana sekali pun aku sentiasa membuka blog aku untuk aku melayari laman web yang telah aku linkkan..
Aku mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua pelajar yang mendapat anugerah kecemerlangan.. semoga penghargaan yang diberikan oleh pihak sekolah menjadi pemangkin kepada aspirasi negara dan agama.. pengalaman yang dikutip dan pendidikan yang baik dan berguna semasa di sekolah akan dicerna dengan akhlak terpuji..
Kebetulan pada majlis anugerah yang berlangsung gilang gemilang serta pada hari yang sama Hari Guru pada 16 Mei..aku mengucapkan selamat hari guru kepada rakan sekerja semoga menjadi Guru yang Terbaik..bagi mendidik pelajar terbaik dalam semua aspek kehidupan di Dunia dan di Akhirat kelak..
Teruskan perjuangan mu..walaupun didepanmu kesusahan dan cabaran.. selamat hari guru..jasamu aku kenang sampai bila - bila..
|